Pengenalan


Selain dengan sejuk dan segarnya udara, Kota Bandung juga diingati sebagai syurga membeli belah dengan harga yang murah dan barangan yang berkualiti, mulai dari pakaian, aksesoris, jajan, kain dan bahan, beg, kasut dan banyak lagi. Salah satu pusat mebeli belah yang paling terkenal adalah Pasar Baru Trade Center dan selain itu juga banyak terdapat Factory Outlet (FO) yang selalu dipenuhi dengan pelancong pada hujung minggu.

Dirasakan tidak sah apabila datang ke Bandung anda tidak merasakan makanan khas etnik Sunda yang lazat dan juga keindahan wisata alamnya yang eksotis seperti gunung Tangkuban Parahu, Ciater hot spring, perkebunan teh, kebun-kebun strawberry, Situ Patenggang, Kawah Putih dan banyak lagi yang lainnya.

Sebagai Ibu Kota Provinsi Jawa Barat, Kota Bandung memang dikenal sebagai Paris van Java, kerana di sinilah pusat fashion, lifestyle, gadget, kota pelajar dan muda-mudi. Berapa universiti kenamaan juga terdapat di kota ini.

Kota Bandung adalah kota budaya etnik Sunda yang terkenal sopan santun masyarakatnya dan sangat kaya tradisi. Berpadunya suasana tradisional dan moden menjadikan Bandung semakin diminati oleh para pelancong domestik mahupun internasional terutama Malaysia, Brunei, Singapore, Hongkong, Korea dan China.

Saya telah bermastautin selama 11 tahun di Kota Bandung dan tamat belajar dari Institut Teknologi Bandung pada tahun 2008. Alhamdulillah saat ini telah berkahwin dengan seorang warga Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Perkhidmatan travel ini kami mulakan pada tahun 2010 memandangkan semakin ramainya pelancong dari luar negara yang melawat ke Bandung. Perkahwinan saya dengan warga Malaysia menjadikan hubungan kedua negara terasa semakin rapat sebagai bangsa serumpun. 


Dengan mengedepankan perkhidmatan yang bersifat kekeluargaan dan juga harga berpautan, kami akan menjadi teman perjalanan anda yang menyenangkan. Kepuasan anda adalah kepuasan kami dan kegembiraan anda adalah kegembiraan kami!

SELAMAT DATANG KE BANDUNG !



Zaid Mubarak
JomPergiBandung Tour & Travel

______________________________________________________